Mengoncangkan DUNIA melalui PENA

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan? (Wahai umat manusia dan jin) - Al-Rahman: 13. Kongsikan catatan kehidupan anda yang mampu memberi motivasi dan nilai tambah kepada teman-teman lain. Moga perkongsian ilmu ini meletakkan kita sebelah kaki di taman-taman SYURGA.

Ahad, 16 Januari 2011

MENCARI BAHAGIA?

Dalam satu jemputan makan malam di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini saya hadir bersama jurugambar kami. Kebetulan di sebelah saya seorang wanita yg saya lihat tidak kurang hebatnya. Namun di sebalik kehebatan itu saya melihat tiada sinar ceria di wajahnya.

Saya yang memang peramah ini menyapa sesiapa jua dalam majlis tersebut termasuk wanita itu. Hampir usai acara tiba-tiba beliau menyapa saya. Katanya dia antara rakan fb saya dan sering mengikuti perkembangan saya setiap masa. Terima kasih, ucap saya menghargai.

Dalam rancak berbicara pelbagai perkara, tiba-tiba terpancul satu soalan yang penuh pengertian. "Bagaimana mencari bahagia?" Saya terpaku seketika sambil merenung dalam ke anak matanya.

"Saya punyai keluarga, harta melimpah ruah, juga apa yang diingini. Namun kenapa khalimah 7 huruf ini sukar digapai". Luahnya. Diam. Lidah saya kelu utk mentafsir maksud kalimah agung itu. Akhirnya saya menafsirnya mengikut akal fikir saya.

Bahagia, kamus dewan menafsirnya sebagai -suasana senang, aman, damai & gembira. Berapa ramai di antara kita rasa senang, aman, damai di rumah. Hiruk pikuk suara anak-anak ada kala menyebabkan kira bosan, pening setelah penat seharian dgn urusan tugas. Tanpa sedar kita sebenarnya tidak bersyukur punya zuriat penyambung warisan berbanding yang tidak milikinya. Kita punyai pasangan (bagi yg telah berkahwin) tetapi sentiasa rasa kekurangan dalam dirinya, hakikat kita sendiri tidak sempurna. Kita punyai kerjaya, tidak kira pada tahap jawatan apa kita berada tetapi kita memilikinya. Paling utama kita masih punya nafas sehingga saat ini.

Segalanya kerana kita tidak bersyukur dgn nikmat yg dikurniakan sehingga bahagia itu pergi menjauhi. Seharusnya kalimah bahagia wajarnya berlegar mengelilingi kita jika kita mencarinya dengan hati & jiwa yg ikhlas. Hakikatnya bahagia itu sentiasa ada di sisi kita. Miliki keluarga itu adalah bahagia. Miliki pasangan itu adalah bahagia. Miliki kehidupan itu juga bahagia. Tidak semua memerlukan kesempurnaan. Belajarlah menerima seadanya dan bahagia itu milik kita. Ikhlas kala memberi & bahagia miliki kita abadi.

Sabtu, 15 Januari 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Salam hormat buat semua teman-teman. Pohon saya anda semua menjadikan laman ini sebagai satu platform untuk antara kita berkongsi kejayaan, suka duka dan saling membantu teman-teman yang lain. Moga kejayaan yg digamit berkekalan & dirahmati Yang Maha Esa. Paling utama setiap apa yg kita lakukan perlu dtg dari hati yg tulus, diikuti dgn perbuatan dan tindakan yg jelas, maka hasilnya insya-Allah kenikmatan yg mmg milik kita bersama.