ARKIB : 28/05/2010 Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
Ibu 10 anak terima ijazah
Tuan Nor Ashikeen Tuan Mohd. Yusoff/ Iera Yusoff (duduk) menunjukkan Ijazah Komunikasi Massa yang diterima kepada empat anaknya selepas Istiadat Konvokesyen UiTM di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 27 Mei - Walaupun bergelar ibu kepada 10 anak, Tuan Nor Ashikeen Tuan Mohd. Yusoff, 34, tidak pernah menjadikannya halangan untuk berjaya dalam akademik.
Dia membuktikannya apabila berjaya menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di sini hari ini.
Editor sebuah majalah bisnes itu menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan).
Mengikuti Pengajian Luar Kampus (PLK), beliau juga bangga kerana dapat merealisasikan impian arwah ibunya, Raja Fatimah Tuan Mohd. Yusoff yang mengharapkannya melanjutkan pelajaran walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
"Saya begitu bertuah kerana suami menggalakkan saya menyambung pelajaran dan sanggup membantu daripada pelbagai segi bagi meringankan tanggungjawab saya.
"Suami yang menjadi tonggak kejayaan saya pada hari ini kerana dialah orang yang bertanggungjawab membantu mendaftarkan saya melanjutkan pelajaran ke UiTM," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Tuan Nor Ashikeen berkata, dia berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana di universiti yang sama pada Disember ini.
Menceritakan cara dia membahagikan masa untuk belajar, Tuan Nor Ashikeen memberitahu, dia akan mula mengulang kaji pelajaran dan menyelesaikan segala tugasan apabila anak-anaknya tidur.
"Saya bertuah kerana setiap kali ada peperiksaan, suami saya akan membantu saya mengulang kaji dan dia begitu bersungguh-sungguh membantu saya seolah-olah dia juga akan masuk ke dewan peperiksaan," katanya lagi.
Tambahnya, beliau berhasrat menjadi seorang pendidik bagi berkongsi pengalamannya selama 12 tahun dalam bidang penerbitan dan penulisan.
Turut menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi massa (Kewartawanan) di majlis yang sama ialah rakan sekelas Tuan Nor Ashikeen, Mohammad Mudanoran Mohamad Mushaari, 40.
Mohammad Mudanoran yang juga seorang jurugambar berkata, dia gembira kerana berjaya menamatkan pengajian selepas menempuh pelbagai halangan.
"Saya terpaksa mengorbankan cuti tahunan untuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan," kata bapa kepada enam orang anak ini.
Ujarnya, beliau akan menumpukan segala perhatian ketika di dalam kelas dan sekiranya tidak faham dia akan terus bertanya kepada pensyarah selain selalu berhubung dengan tenaga pengajarnya.
Katanya, selain itu dia akan cuba untuk menyalin semua nota walaupun dia tidak faham dan akan cuba untuk membacanya apabila sampai di rumah.
Ibu 10 anak dapat ijazah
SHAH ALAM: “Saya akan berhenti belajar selepas dapat PhD (ijazah doktor falsafah),” kata Tuan Nor Ashikeen Tuan Mohd Yusoff, 34, ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di Dewan Sri Budiman, di sini, semalam.
Lebih menarik mengenai Tuan Nor Ashikeen yang berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) ialah pada masa sama dia turut membesarkan 10 anak dan terpaksa membahagikan tugas dengan bekerja, belajar dan menguruskan keluarga.
Daripada 10 anak yang dijaganya, tiga adalah anak kandung, manakala selebihnya anak tiri.
Ketika ditemui ibu muda itu berkata, dia bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan dan kini dalam perancangan untuk meneruskan pengajian pada peringkat sarjana di UiTM.
Dia yang bertugas sebagai editor majalah Jutawan mengikuti Program Luar Kampus (PLK) turut berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang banyak memberi sokongan moral kepadanya untuk meneruskan pengajian selama tujuh semester.
“Letih tu memanglah letih. Saya perlu bijak menguruskan semuanya. Banyak cabaran yang saya terpaksa tempuhi, tapi itu yang menyebabkan saya menjadi kuat semangat untuk berjaya.
“Ditambah kerenah anak yang masih kecil memang membuatkan saya penat, tapi dengan kecekalan yang ada dalam diri untuk berjaya, menyebabkan berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.
Rutin hariannya selepas tamat kerja jam 6.30 petang, dia akan pulang ke rumah di Meru, Klang menguruskan keperluan anak-anak dan suami sebelum menghadiri kuliah.
“Kebiasaannya saya yang paling lewat ke kelas. Pernah beberapa kali ketika tiba ke kelas, pensyarah kata kelas dah habis.
“Tetapi itu tak menjadi masalah kepada saya kerana ada kawan-kawan selain pensyarah sendiri yang faham dengan masalah saya menyebabkan mereka sama-sama membantu,” katanya yang bersyukur kerana mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.3.
Katanya, dia bertuah kerana suami begitu memahami dan ketika anak tidur adalah waktu sesuai untuknya mengulang kaji dan menyiapkan tugasan.
Kredit : http://www.hmetro.com.my
__________________
http://berita-harian-online.com/forum/showthread.php?t=709
Nor Ashikeen Buktikan 10 Anak Bukan Halangan Untuk Miliki Ijazah
SHAH ALAM, 27 Mei (Bernama) -- Rutin harian menguruskan 10 anak selain tanggungjawab sebagai isteri ternyata bukan halangan kepada Tun Nor Ashikeen Tuan Mohd Yusoff untuk berjaya dalam pelajaran.
Wanita berusia 34 tahun yang bekerja sebagai editor di sebuah majalah itu membuktikan asal ada kemahuan, pasti ada jalan apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) pada konvokesyen Universiti Teknologi Mara Khamis.
"Saya amat berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada saya sepanjang tujuh semester pengajian.
"Malah merekalah kekuatan dan motivasi terbaik setiap kali hampir mengalah memandangkan ada ketikanya pelbagai cabaran datang serentak," katanya kepada Bernama di sini.
Dia yang mengikuti pengajian Program Luar Kampus berkata kejayaannya banyak dibantu suami yang turut menguruskan kerja-kerja rumah selain mempunyai anak yang pandai berdikari.
"Waktu anak-anak tidur adalah masa yang paling baik untuk saya mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan tugasan kuliah," katanya berkongsi rahsia menguruskan masa.
Sementara itu, tiga sahabat karib gembira selepas usaha mereka belajar secara berkumpulan dan saling bersaing antara satu sama lain sepanjang pengajian membuahkan hasil apabila kesemuanya menerima Anugerah Naib Canselor.
Aliff Benjamin Suhaimi, 25, Muhammad Ashraff Mohd Diah, 24, dan Mohd Azinuddin Abd Karim, 23, mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang kelas pertama dengan masing-masing mencatat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif 3.59, 3.6 dan 3.7.
"Walaupun Aliff tidak tinggal serumah dengan kami, tetapi dia sering datang ke rumah dan menyertai saya dan Azinuddin belajar dan berbincang mengenai tugasan kuliah," kata Muhammad Ashraff ketika ditemui.
Aliff Benjamin dan Mohd Azinuddin kini mengikuti latihan dalam kamar di firma guaman swasta manakala Muhammad Ashraf bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=501603
skip to main |
skip to sidebar
1Malaysia,Salam Ukhuwah & Persahabatan
Mengoncangkan DUNIA melalui PENA
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan? (Wahai umat manusia dan jin) - Al-Rahman: 13. Kongsikan catatan kehidupan anda yang mampu memberi motivasi dan nilai tambah kepada teman-teman lain. Moga perkongsian ilmu ini meletakkan kita sebelah kaki di taman-taman SYURGA.
Khamis, 19 April 2012
Blog Archive
Senarai Blog Saya
Semua komen adalah pandangan individu penulis tersendiri : iera_yusof@yahoo.com.. Dikuasakan oleh Blogger.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
0 ulasan:
Catat Ulasan