Kisah Pensel & Pemadam. Semoga kisah pendek ini mampu memberi kita 1001 pengajaran dan teladan. Dengan perkongsian kisah ini diharap dapat juga dikongsi bersama dengan rakan-rakan anda yang lain. Bacalah dengan penuh penghayatan agar segala intipati kisah ini dapat menyerap ke dalam hati sanubari anda. Bertuahlah kepada anda yang masih mempunyai “dia” atau “mereka”.
PENSIL: Saya mohon maaf
PEMADAM: Untuk apa? Kamu tidak buat salah apa-apa.
PENSIL: Saya mohon maaf kerana kamu kesakitan disebabkan oleh saya. Setiap kali saya melakukan kesalahan, kamu selalu ada untuk memadamkannya. Tapi setiap kali kamu menghilangkan kesalahan saya, maka kamu kehilangan sebahagian daripada diri kamu sendiri. Kamu menjadi semakin kecil dan semakin kecil setiap masa.
PEMADAM: Betul tu. Tapi saya tidak kisah. Kamu lihat, saya memang dicipta untuk melakukan hal ini. Saya dibuat untuk membantu kamu ketika kamu melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari, saya tahu saya akan pergi dan kamu akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, berhenti bimbang. Saya tidak suka melihat kamu sedih.
PENGAJARAN: Ibu Bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak mereka adalah pensil. Mereka selalu ada untuk anak-anak mereka, membersihkan kesalahan mereka. Kadang-kadang dalam pada itu, mereka terluka, dan menjadi lebih kecil / lebih tua, dan akhirnya berlalu pergi. Walaupun anak-anak mereka akhirnya akan bertemu dengan seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa tetap gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak-anak mereka, dan akan sentiasa benci melihat anak-anak kesayangan mereka merasa bimbang, atau sedih … Namun ibu bapa kita semakin kecil dan lebih kecil setiap hari … Suatu hari, semua yang kita akan tinggalkan nanti akan menjadi parutan pemadam dan kenangan dari apa yang kita biasa ada.
(“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Quran 17:23-24])
Petikan: http://www.islamictazkirah.com/kisah-teladan/the-pencil-and-eraser-kisah-pensel-pemadam
skip to main |
skip to sidebar
1Malaysia,Salam Ukhuwah & Persahabatan
Mengoncangkan DUNIA melalui PENA
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan? (Wahai umat manusia dan jin) - Al-Rahman: 13. Kongsikan catatan kehidupan anda yang mampu memberi motivasi dan nilai tambah kepada teman-teman lain. Moga perkongsian ilmu ini meletakkan kita sebelah kaki di taman-taman SYURGA.
Selasa, 10 Mei 2011
Blog Archive
-
▼
2011
(21)
-
▼
Mei
(11)
- ATASI KEMARAHAN ANDA!
- PESANAN BUAT SI CANTIK!
- KISAH PENSIL & PEMADAM
- CIRI-CIRI ORANG IKHLAS
- Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan
- AMALAN BERGUNA SELEPAS MATI!
- TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH
- Mengapakah Ibumu Menangis?
- 3 BIJI DONUT & KUASA SEBUAH SENYUMAN
- BOLEHKAH KITA MEMBUAT PILIHAN?
- JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH
-
▼
Mei
(11)
Senarai Blog Saya
Semua komen adalah pandangan individu penulis tersendiri : iera_yusof@yahoo.com.. Dikuasakan oleh Blogger.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
3 ulasan:
Alhamdulillah, cerita yang sangat2 bermanfaat. Perumpamaan yang jelas dan amat mudah untuk difahami.
Sayang ayah dan emak.
Impianku ini jika memasuki alam pekerjaan adalah ingin berada dekat dengan rumah ayah dan emak agar dapat menjenguk mereka selalu. Oleh kerana itu juga saya bercita-cita untuk menjalankan perniagaan internet. i'Allah, semoga dipermudahkan. Ameen. :-)
Saya sudah kongsikan pautan artikel ini di dinding FB saya. Semoga memberi manfaat kepada yang lain juga. :-)
Alhamdulillah, moga kita sama2 beroleh barakah drpd perkongsian ini.
Catat Ulasan